top of page
Search

HMETRO - Agong berkenan rasmi Pusat Kesihatan dan Rehabilitasi WQ Park


Bernama

Ogos 2, 2023 15:56 MYT

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah berkenan menyempurnakan

gimik perasmian Pusat Kesihatan dan Rehabilitasi WQ Park Kuantan, hari ini. - Foto WQPARK OFFICIAL

 

Kuantan: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan merasmikan Pusat Kesihatan dan Rehabilitasi WQ Park di Indera Mahkota, di sini.


Seri Paduka dalam titah baginda menzahirkan penghargaan di atas pembukaan cawangan pertama di Pahang dan kelima di dalam negara yang dilihat dapat memberikan manfaat kepada masyarakat pelbagai lapisan usia.


Baginda bertitah, pusat rawatan itu boleh diibaratkan sebagai terkemuka di negara ini dan ia adalah aset amat berharga kepada rakyat Malaysia khususnya warga Pahang dalam mendapatkan perkhidmatan kesihatan.


"Masih segar dalam ingatan saya 13 tahun lepas, saya rasmikan WQ Park yang pertama di Kelana Jaya (Selangor) dan sehingga kini ia begitu padat dengan pesakit untuk mendapatkan rawatan.


"Sejak penubuhannya seperti dinyatakan…50,000 pesakit telah dapat dirawat termasuk saya dan anakanda, dan saya berterima kasih atas keprihatinan terhadap saya dan keluarga," titah baginda.


Turut berangkat ke majlis berkenaan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda-anakanda termasuk Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.




Hadir sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengetuai barisan kepimpinan kerajaan negeri, Ketua Polis Pahang Datuk Yahaya Othman dan Pengarah Urusan Pusat Kesihatan dan Rehabilitasi WQ Park Datuk Seri Dr Zulkharnain Ismail.


Selain menggunakan teknologi terkini dalam memberikan rawatan, baginda bertitah, WQ Park turut menyediakan perkhidmatan WQSenses Park bagi kanak-kanak kurang upaya yang dilihat dapat membantu perkembangan anak-anak istimewa di Pahang.


Baginda turut menzahirkan harapan lebih banyak pusat kesihatan dan rehabilitasi dibuka di negara ini supaya lebih ramai rakyat menerima manfaatnya.


Sementara itu, Dr Zulkharnain ketika ditemui pemberita memaklumkan WQ Park telah memulakan operasi pada 2010 dengan menyediakan perkhidmatan komprehensif kepada semua golongan bagi meningkatkan mutu kesihatan terutama di bahagian pemulihan.


Katanya, WQ Park di Kuantan diibaratkan sebagai pusat sehenti yang menyediakan perkhidmatan bagi pelbagai lapisan usia antaranya pendidikan bagi kanak-kanak istimewa manakala bagi golongan dewasa, rawatan pemulihan dari kecederaan akibat sukan dan angin ahmar turut disediakan.


 

Petikan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/08/994783/agong-berkenan-rasmi-pusat-kesihatan-dan-rehabilitasi-wq-park


31 views0 comments
Page Looks-04.png

WQ Park Malaysia

WQ Park is a one stop centre providing comprehensive rehabilitative services following injury and illness to patients of all ages - from children to adults. Our Programmes are designed to maximise the functional abilities of our patients enabling them to reach their highest level of independence and accommodate individual goals and capabilities.

Our Services

Contact Us

Specialist Clinic & Resident Doctor

Lot 2D, Jalan SS5D/6, Kelana Jaya 47301, Petaling Jaya, Selangor.

Follow Us

  • IG
  • FB

Mind Health

Adult Rehabilitation

Paediatrics Rehabilitation

Occupational Therapy

03 7804 4171

Speech Therapy

019 2010 195

Agog Park

OUR FACILITIES

WQ PARK KELANA JAYA

Lot 2D, Jalan SS5D/6,

Kelana Jaya 47301,

Petaling Jaya, Selangor.

03 7804 4171

019 2010 195

WQ PARK KUALA LUMPUR

Sentul Village No.10, Jalan Sentul Perdana 51000 Kuala Lumpur

03 4144 3161

019 300 0195

03 4144

WQ PARK
BANGI

21, Jalan Puteri 2A/1,
Bandar Puteri Bangi,
43300 Kajang, 
Selangor.


03 8922 1346
011 5908 3417

WQ PARK JOHOR BAHRU
No.11, Jalan Permas 9/17,
Bandar Baru Permas Jaya,
81750 Masai, Johor.

 

07 386 9010

019 2010 720

WQ PARK KUANTAN
No. A3, Lorong IM 9/1, Mahkota Valley, Bandar Indera Mahkota 9, 25200 Kuantan, Pahang

019 2010 245

©2022 WQ Park Health & Rehabilitation Centre

License: KKLIU 1456/2020

kkm logo-01.png
bottom of page