top of page
Search

ASTRO AWANI - Agong berkenan rasmi Pusat Kesihatan dan Rehabilitasi WQ Park


Bernama

Ogos 2, 2023 15:56 MYT

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah berkenan menyempurnakan

gimik perasmian Pusat Kesihatan dan Rehabilitasi WQ Park Kuantan, hari ini. - Foto WQPARK OFFICIAL

 

KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan merasmikan Pusat Kesihatan dan Rehabilitasi WQ Park di Indera Mahkota,di sini.


Seri Paduka dalam titah baginda menzahirkan penghargaan di atas pembukaan cawangan pertama di Pahang dan kelima di dalam negara, yang dilihat dapat memberikan manfaat kepada masyarakat pelbagai lapisan usia.


Baginda bertitah pusat rawatan itu boleh diibaratkan sebagai terkemuka di negara ini, dan ia adalah aset amat berharga kepada rakyat Malaysia khususnya warga Pahang dalam mendapatkan perkhidmatan kesihatan.



 

Petikan : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/agong-berkenan-rasmi-pusat-kesihatan-dan-rehabilitasi-wq-park-430934


22 views0 comments
bottom of page